Salam manis semanis madu semua...
Alhamdulillah..
tinggal brapa hari ja lgi aku bakal menamatkan zaman belajarku sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini..
walahh..sedar tak sedar pejam celik pejam celik kejap je dh 5 tahun stengah aku blaja..dh mcm opsyen doktor dh haa..bermula dri tahun 2007,maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai Institut Pendidikan Guru(IPG) dalam melahirkan lebih ramai guru yang berkelayakan ijazah..
even kt IPG skrg pun bnyk kursus ditawarkn utk guru2 yg dh lama mngajar kt skolah untuk mereka terus menimba ilmu..guru zaman skrg mmg kena lbih advance,,dgn tekno tekno yg pelbagai rencam..waduhh bikin bingit juga kepala nih..huhu..
pun begitu, aku tetap bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan daku peluang utk menimba ilmu di sini..kota yg penuh rencam..kota yg mengajar aku lbih dewasa..ibarat sireh pulang ke gagang kerana dlu waktu kecik2 pun aku pernah menetap di sini sbelum brmastautin di bumi Jelapang Padi..arwah abah dlu seorang pegawai tentera..kmi prnah bmastautin di Kem Batu Kentomen Jalan Ipoh,KL jgk..sdih plak bila ingt kenangan lalu..
tinggal dlm 2 bulan lbih dri skrg, aku bakal brgelar seorang guru yang benar-benar dalam erti kata seorang guru..sudah tentulah aku mahu memberikan yg terbaik buat profesionku..akauntabiliti seorang guru harus di jaga..ilmu yang ditimba dari para pensyarah baik secara langsung mahupun tidak langsung akan tetap segar di ingatanku..buat kedua-dua sekolah yang banyak mengajarku erti pengalaman sepanjang daku berpraktikum juga akan tetap segar di sanubari..Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4 merupakan sekolah pertama praktikum( 1 bulan)..Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara(6 bulan) meninggalkan memori
semoga daku dapat melahirkan generasi unggul kelak..semoga ALLAH S.W.T mempermudah segala jalan buat diriku dan rakan seangkatan seperjuangan serta memelihara dan memberkati para pensyarah dan guru-guru di sekolah yang telah banyak menabur bakti buat diriku dan rakan-rakan..
sungguh mengasyikkan kata~kata ini..hayatilah dan praktikkanlah demi anak bangsamu tercinta
salam semanis madu,
Cikgu Siti







