Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya pada ALLAH,tuhan sekalian alam..
sememangnya Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya itu tidak akan mengecewakan mereka yang berjuang untukNYA..(dipetik dari karya Hilal Asyraf : Takdir)
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Asy-Syarh 94 :5-6)
Ya ALLAH..betapa rahmatmu luas ya ALLAH..betapa ku rasa diriku kerdil pada pandanganmu..tidak tergambar rasa syukur atas nikmat yang engkau berikan ya ALLAH..
tentu anda semua tertanya-tanya mengapa entri kali ni agak brlainan bukan???pernahkah anda semua kehilangan barang berharga yang sememangnya penting dalam menentukan A atau tidak sesuatu subjek???
yaa..aku pernah kehilangan barang brharga tersebut..
memang tak tergambar kekecewaan yg aku alami apabila mendapati barang tersebut hilang dari pandangan mata..aku sedih..tak lalu makan..tak lalu tidoq..tak lalu segala..rasa sedih sgt..lalu aku mohon pada ALLAH agar memberi petunjuk kpd mana-mana insan yang trjumpa akan barangan ku itu..aku meratap..merintih..memohon..merayu dengan sepenuh hati agar ALLAH memakbulkan doaku itu..aku lakukan solat hajat dgn harapan barang yang hilang itu segera dijumpai kerana melibatkan masa hadapan kerjayaku..
hari demi hari berlalu..aku terus berdoa..memohon agar ALLAH mengasihani diriku..semoga ALLAH menggerakkan hati insan yang menjumpai baranganku itu agar memulangkannya padaku..jauh di sudut hati,aku yakin dan percaya bahawa ALLAH itu tidak pernah menzalimi hamba yang bersungguh-sungguh meminta kepadaNYA..sesungguhnya kita insan yang lemah..tiada daya upaya melainkan memohon kepadaNYA..
mesti ada yang tertanya-tanya..tidak cari sendirikah?hanya mengharap bantuan dari ALLAH??hanya tahu merintih??oh sudah tentu tidak..tentunya aku berusaha menjejak barangku yang hilang itu..serata tempat yang kami lalui sebelum baranganku hilang,ku lewati kembali..aku mencari dengan harapan akan menjumpainya..namun hampa..tiada berjumpa..namun,aku TIDAK BERPUTUS ASA..aku yakin ALLAH sedang menguji aku..aku harus tabah..harus kuat..aku terus bertawakkal kepadaNYA setelah pelbagai usaha ku lakukan.
dalam pada masa yang sama,aku kerap menerima panggilan yang tidak ku kenali..aku membiarkan sahaja sebab aku takut..zaman sekarang yg jenayahnya semakin menjadi-jadi membuatkan aku terfikir banyak kali..prinsipku senang..sekiranya hal tersebut penting,mesti org tu akan hantaq sistem pesanan ringkas atau glemernya SMS..namun tiada sms yg diterima..
rupa-rupanya..panggilan yang aneh itu datangnya dari hamba ALLAH yang jujur, yang bertanggungjawab,yang baik hati,yang memikirkan kesusahan org lain(yang menjumpai baranganku itu). lewat malam semalam tepat jam 12.06 tgh mlm..aku menerima satu kiriman SMS
"........................fasa III atas nama siti hajar binti othman. sila datang ambil document anda yang tercicir
di pos pengawal lakeside residence kota damansara section 6.Sila hubungi en...............pensyarah UM"
huhu..yang menelefonku dan mengahantar SMS org lain,tetapi yang menolong memberikan dokumen aku itu ialah seorang pensyarah dari UM bersebelahan sahaja dgn IPG ku..ALHAMDULILLAH YA ALLAH kau permudahkan segala-galanya..
ingatlah bahawa..DALAM SETIAP KESUKARAN,PASTI ADA KEMUDAHAN..
JANGANLAH KITA BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH..
YAKINLAH PADANYA..MERINTIHLAH PADANYA..ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN HAMBANYA..MELAINKAN HAMBANYA SAHAJA YANG SERING TERLEKA DAN LALAI DARI MENGINGATINYA..AKU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH..
''siapakah yang percaya ?
sekiranya kamu membantu agama Allah,
maka Allah akan membantu urusan kamu,
dan menetapkan kaki-kaki kamu.
siapa yang percaya?
barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
maka Allah akan memberikannya jalan keluar,
dan memberinya rezeqi daripada arah yang tidak disangka-sangka.
siapa yang percaya?
sesungguhnya setiap kesukaran itu diiringi dengan kesenangan,
dan benarlah,
SESUNGGUHNYA SETIAP KESUKARAN ITU DIIRINGI DENGAN KESENANGAN..
~nukilan : Hilal Asyraf (petikan novel Takdir)~
.....AKU!!AKU PERCAYA AKAN SEMUA TAKDIR ALLAH...ANDA SEMUA JUGA HARUS PERCAYA..YAKINLAH KEPADANYA..
<3 cikgu siti<3